01 April 2014

Malas Tengok Panduan Boleh Sesat

~~~~~~

"Kak Zida, jom pasang kipas jom!"

Adik roommate ahli beyt Serotonin (ahli rumah kami) tiba-tiba mengajak saya. Memang malam itu agak sedikit panas, memandangkan siang tadi suhu agak tinggi (29°C) dan masing-masing baru je usai makan malam.

Yeah, selamat datang malam yang pendek dan siang yang paaanjang. 
Welcome to summer. Ahlan ya soifi!





*  *  *  *

Kami bertiga pun dengan semangat yang berkobar-kobar menarik keluar 2 kotak kipas dari tepi katil. Masing-masing teruja bila bahagian-bahagian kipas dikeluarkan.

"Okay, akak buat yang ni, korang buat yang tu" amboi memang sedapnya mengarah. Haha

Saya mulakan dengan membina batang kipas. Keluarkan besi, masukkan besi, pasang dengan badan kipas yang atas, pulas skru dan nat sampai ketat, dan nah, siap dah.

Tiba-tiba perasan satu benda,

"weiii mana tapak dia weii?"

Baru perasan tapak dia terbiar tak terusik. 

"alaaaaa penat je kite pusing-pusing skru ni sampai ketat, kulit jari nak terkopek dah ni" saya mengeluh, dan adik-adik tu gelakkan saya. Cis! Takpe takpe. Benda boleh diubah. Haha. 

Bila tengok tapak kipas tu terus saya teringat ada sorang ukhti ni pernah cakap,

"orang kalau nak bina apa-apa tu, mulakan dari tapak, dari dasar. Macam nak buat rumah ke bangunan ke, mana ada orang bina badan terus, komfem tak lama lepas tu hancur. Tapak tu penting weh. Asas kepada segalanya."

Senyum tepi. 

Quote yang banyak kali buat saya tersentak. Nak dapat benda yang kukuh, kena mula dari dasar. Dalam kena mantap. Macam tu jugak nak jadi Muslim yang hebat, dalaman diri (iman dan hati) kena kuat bro. Bila iman tak mantap, itu yang jadi macam sekarang ni, ISLAM hanya pada 5 perkara tanpa faham 6 perkara yang lagi besar. ISLAM pada IC orang cakap.

Heh.

Saya pun bebel benda yang sama pada diorang berdua (kecuali part Iman Islam tu). Tazkirah pendek kejap. Hihi. Lepas tu terus tinggalkan batang besi dan masing-masing terus fokus pada pembinaan tapak kipas tu pulak. Fuh! Part paling payah rupanya. 

Cabut balik badan kipas tadi dan letak batang besi atas dasar tu. Pulas skru dan nat sampai ketat, siap. Tapikan... kenapa ada satu feel yang tak best bila pandang benda ni? Rasa tak stabil.

Eh, eh.

"INSTRUCTION How to Build This Fan"

HAHAHA Rasa nak ketuk kepala. Baru nampak kertas putih apa yang bersinar-sinar dari jauh. Dengan segera terus capai kertas tu dan baca dari awal sampai akhir. Phewwww.

1) Pasang tapak dulu - pastikan batang besi masuk dari bawah dasar, dan skru dari atas ke bawah

2) Pasang badan di atas batang besi tadi

3) Pasang kepala kipas atas badan dia tadi. 

SIAP!


Ohoiii. Rasanya boleh siap dalam masa 10 minit je kalau tengok panduan ni. Masing-masing tergelak. Berlagak lagi tak nak tengok panduan. Bajet reti pasang sendiri. Kan menyusahkan diri sendiri jugak. Hewhew.

*   *   *   *

Panjang pulak cerita ni.

Moralnya, hidup kita ni mesti ada panduan. Kita pergi mana-mana pun kena ada panduan. Tak kisahlah in form of peta ke, kompass ke, googlemap ke, tanya orang ke, pakcik waze ke, akak GPS ke, but still we need something to instruct us to. 

Cuba pergi Korea, lepas tu taktau nak pegi mana.
Map takde, nak tanya orang pun taktau.
Lost. Sorang-sorang sesat.

Cuba pergi Korea, dari Mesia dah ada map, tau nak pergi mana.
Or even dah siap agen atau seseorang yang nak guide kita.
Yeayy, boleh berjalan dengan gembira!

So, bebel panjang-panjang ni--- apa panduan kita sebenarnya?

Heh.
Soalan SPM.
Kopek kacang je jawab.

Al-Quran dan as-Sunnah.

Al-Quran, kata-kata Allah. Allah dah instruct macam-macam untuk kita. Dia dah tahu pe'el macam mana manusia yang diciptakan ni. Kita tinggal follow with the flow je.

Al-Quran, segala macam cerita dan kisah Nabi dan orang terdahulu. Kita tinggal sort nak ikut mana yang baik, tak ikut mana yang tak baik.

Al-Quran, gambaran sedapnya Sorga dan azabnya Neraka, wajib ada dalam setiap helaian dia. Kita tinggal nak rasa betapa bestnya Jannah dan betapa dahsyatnya Jahannam tu.

Al-Quran, hukum hakam fiqh tertera pada ayat-ayat tertentu dan dikuatkan lagi dengan as-Sunnah dari Rasulullah SAW. Kita tinggal laksanakan apa yang patut dari ayat-ayat tersebut.

Surah kedua ayat kedua lagi dah cakap,

"Kitab al-Quran ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang (hendak) bertaqwa." [2:2] 

Bukan susah pun kan. 
Tapi kita yang tak nak. Kita yang malas.

Bongkak dengan Allah.
Berlagak dengan ayat-ayat Dia.
Konon nak jadi Muslim sejati, Islam hadhari blablabla.
Tapi al-Quran pun tak nak pegang,
apatah lagi pandang (kot?)

MALAS LAA, KANG SESAT SAMPAI NERAKA KANG
#eh

Dush..tampar krokedail kat diri sendiri kejap.

Okay dah. Jom pergi baca Quran. Sehelai muka surat sehari pun cukup dah. Tapi kalau rasa nak kaya kat Sorga tertinggi sana jomlah baca banyak banyak muka surat. Nak join ODOJ pun lagi dialu-alukan. Kekeke.

Amende menatang ODOJ tu?

Sambung next entry.

Kbai.

Salam 1April,
Zida
0550 am
Hadiqah Dauliyah, Cairo



Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

3 comments:

  1. akaqq kawai, ayat tu [2:2] :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh haha. Dah edit dah. Jzkk betulkan :)

      Delete
  2. Al-Quran = Manual... semoga Allah merahmati kita semua...

    ReplyDelete