20 May 2011

Aku Rindu Blogspot Ni

Salam buat semua.

cewah

HAHA ada ke agak-agak orang macam aku? Penat-penat beli domain plus hosting, tetiba plak cakap nak tukar balik guna blogspot? Whattaheck laaa lu~ Ntahlah aku tiba-tiba rasa penat sangat guna hosting sendiri ni. Aku macam asyik rasa selalu kena bayar bandwidth, aku rasa macam kena selalu risau kalau tak update blog, sebab aku akan rasa membazir bila tak update.


Dan sekarang, aku dah segan nak mintak RM9 kat Umi aku sebab Maybank online aku buat masalah. Mintak orang bayarkan? Alololo macam segan la pulaks. HAHAH ke ada yang sudi nak tolong bayarkan?? Alah, sembilan hengget je!

Tapi aku memang rindu nak menaip kat blogspot, sebab aku rasa idea mencurah-curah kalau kat sini. Kalau kat wordpress, entah kenapa idea tu suuuuusah sangat nak keluar, pastu pulak kena berhempas pulas tulis ayat sopan-sopan cewah.

Lagipun aku tengok orang sekarang design blog masing-masing cantik-cantik, lawa-lawa. Aku rindu dengan blog-blog dekat tepi sidebar, yang muncul dengan pelbagai entri terbaru. Kawan-kawan best, senior-senior hebat, blogger otai-otai FUHH

Korang rasa camne? Patut tak patut takkk? Haaaa sila bagi komen, pandangan dan bebelan anda di sini sebelum saya redirecting balik blog ni ke colleen-kawaii.com esok. Hohohohohohohohoho

PATUT TAK TUKAR BALIK KE BLOGSPOT??




Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali