05 April 2010

Suka Dengki Orang Lain, Bagus Sangat kah?


Gambar kereta milik Datuk Seri Nizar yang kemalangan pada bulan Januari lepas

Salam Hari Isnin buat semua readers yang sentiasa menyokong saya di arena of star penulisan blog ini. Wahh, dah rasa macam blogger tegar pulak. Mana tak, hari-hari tak hidup dengan blogwalking, tulis entry baru, follow sana sini, komen itu ini. HAHAH Eh, elok pulak mood. Sepatutnya kalau ikut tajuk, mood macam tak baik kan? T________T

Saya tak faham kenapa mesti ada orang yang dengki plus iri hati dengan kejayaan orang lain? Kenapa? Mengapa? Apa salah kami kerana kami diperlakukan sedemikian?

Sebenarnya, baru-baru ini Umi (mak aku lahh) ditimpa kemalangan yang tak diduga. Ehh, ada ke orang menduga kemalangan? Apa-apalahh. Masuk hari ni, dah seminggu kereta Honda City Umi ada dekat Pusat Servis. Minggu lepas, Umi eksiden langgar tiang sampai kereta boleh terbalik. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana kereta tu boleh terbalik. Mungkin macam gambar kat atas tu kot.

Menurut kata Umi, masa tu kat simpang (jalan kat Balakong, bawak kereta sorang diri). Pemandu yang ada kat opposite jalan tu dah bagi laluan kat Umi. Tapi ntah macam mana, Umi boleh 'tertidur' lalu melanggar tiang dan kereta terbalik. Aisehh. Mata elok segar-bugar tapi boleh tertidur. Umi ada mengadu jugak, sejak dua menjak ni, kalau drive tu mesti mengantuk.


Akibat mengesyaki sesuatu yang tidak baik, semalam Umi jumpa dengan ustaz di Darul Hidayah, Bangi (betul ke nama ni?). Yupp. Memang. Ustaz tu cakap, seseorang telah melakukan 'sesuatu' kepada Umi sebab dia dengki dengan kejayaan dan bonus yang telah umi perolehi baru-baru ini. Mungkin sebab dia tahu, Umi selalu pergi ofis sorang-sorang, dia pun mengambil kesempatan.


Okey


Umi baru dapat 'bonus dan kejayaan' besar dalam bisnes Jus Jambu Batu Merah Jambu tu. Umi telah menjadi antara 4 orang tertinggi di cawangan Selangor ini. Mungkin sebab tu ada orang yang tak puas hati, kenapa Umi boleh jadi orang komiti tu.


Alahai, kau ingat senang ke jadi komiti tu? Aku sendiri pun dah rasa susah tau! Sampai tak tidur malam, kalau tidur pun pukul 4 pagi. Lepas tu, tinggalkan rumah berhari-hari, tinggalkan anak suami. Makan pun tak tentu. Meeting, talk segala bagai. Kau ingat ringan ke haaa??? Apa pasal dengki sangat?

Ya Allah. Kalau boleh, kalian doakan keselamatan kami sekeluarga. Doakan kesejahteraan kami. Jangan biarkan Umi ditimpa masalah kami. Wooo. Adik-adikku ramai wehh. Sume kecik-kecik. Aku pun kecik jugak. Semoga orang yang berkenaan dapat menyedari tindakan yang dilakukan dan semoga hanya ALLAH saja yang dapat membalas segala tindak-tanduk orang tersebut.


Amin.
 

Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

15 comments:

  1. Moga dipelihara dari segala kesusahan dan kerumitan... macam inilah dunia...tak semua org suka dengan kegembiraan orang lain, kadang2 kita gembira bukan atas kesedihan dia, kita senang bukan atas kesusahan dia...berkat usaha gigih kita sendiri.

    ReplyDelete
  2. semoga kamu sekeluarga dilindungi oleh-Nya..
    memang dalam dunia ni, semua orang mempunyai perasaan hasad dengki..
    kalau cemburu dgn kejayaan orang lain dan berusaha menjadi lebih baik takperlah..
    ni, cemburu sampai nak menyebabkan kesusahan orang lain..bukannya ada faedah pun..
    aku pulak ter'emo'..huhu~

    ReplyDelete
  3. aku tumpang simpati dengan nasib mak kau. kawan aku pn pena kene cmni, sampai meninggal bapak die. sedih kan? aku tk paham la kenape orang cmni perlu berdengki. die tk buat keje, tapi bile kita berjaya, apehal die tk puas hati. die ingat mak kau tu goyang kaki je ke utk dpt bonus?? tu semue sebab usaha mak kau. die apehal, betul tk?

    ReplyDelete
  4. manusia kan selalu lupa.
    dia lupa yg akan ada perhitungan utk ap yg dia buat. entahla. manusia tamak. tak pernah puas hati dgn ap yg dia ad n dgn ap org lain dpt.
    bila ntah manusia akn sedar.
    aku un da bosan dgr cerita2 merapu manusia yg xde keje nk menjahanamkn hdup org lain.

    ReplyDelete
  5. @kak kujie : thanks kak. memang betul ape akak cakap. sedih bile org asek nak dengki dgn ape yg kita dpt.

    @fatin : hahah emo skali skala apa salahnya =P thanks yekk~!

    @syue : serius?huhu mak aku pun macam tu. tapi alhamdulillah ALLAH sayangkan mak aku lagi, Dia masih bagi mak aku hidup di muka bumi ni. thanks syue.

    ReplyDelete
  6. @mye : lupa sampai menjahanamkan hidup org lain. hailaa manusia. ada otak, tp tak bolehh nak pk mane baik, mana jahat.. huhu

    ReplyDelete
  7. knapelah org suke mendengki.. baik tdo je drpd dengki2 kt org

    kan2?

    ReplyDelete
  8. tido dapat ape? haha dengki lagi la. dapat ape??

    ReplyDelete
  9. manusia berhati syaitan. macam ni lahh

    ReplyDelete
  10. salam..doakan je la supaya insan y berkenaan tu kembali ke pangolin jalan..btw,bukan darul syifa ke nama tmpat tue??

    ReplyDelete
  11. @ain : huhuu T___T

    @amiira : hahah yup, darul syifa'. terlupe plakk. darul hidayah tu umah kawan aku. haha

    ReplyDelete
  12. manusia cam tue la...

    susah nak nampak orang senang
    & senang nak menyusahkan orang lain he..23x

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  13. tulahhh.
    ehh, sedap pulak ayat tu. haha ;)

    ReplyDelete
  14. sabo jer zeed...
    biase laaa manusia sekarang nie..
    suke jeles tgok kejayaan org laen..
    ptut nyer kene laaa berusaha tok same2 berjaya jugak...
    nie nak wat cara x elok plak..
    isyh3..
    smoge kite dijauhkan dari sifat dengki dan iri hati...
    sesungguhnya itu adalah sifat syaitan...

    ReplyDelete
  15. thanks amin. aku memang sabo. tp aku risau mak aku tu je. dah la balik mesti smpai lewat malam. sian jugakkk. baru2 ni, kena fitnahh lagi. adoiii.

    ReplyDelete