04 January 2010

Nuffnang, GengBlogger and blablabla

Salam.

Wah wah. Semalam member aku puji. Blog aku semakin hebat dari sehari ke sehari. *_* Ye ke? Aku pun baru proses belajar dan belajar dan belajar walaupun aku dah tamat sekolah dengan rasminya lepas SPM habis hari tu. T__T Aku rindu nak pergi sekolah, jalan2 kat dataran, rayau2 kat blok A + blok B sampai semua orang dah kenal muka Ketua Editor Sekolah yang suka 'mencapub' ni, lepak2 kat Lab Comp, gedik shopping2 kat Koop, jerit2 kat asrama, usha2 adik hensem, gosip2 benda yang tak digosip, dating dengan cikgu dan macam2 lagi. Hakhak. Tu semua dulu!!! Sekarang aku dah tak berpeluang lagi nak buat semua tu lagi.


I'm really miss this moment~

Walau apa pun, aku kena terima hakikat yang aku memang sudah tamat sekolah. Titik! Anyway, blogging aje lah yang dapat membuatkan aku melupakan semua benda2 mengarut tu [walau pada hakikat dan majaz nya lagi ingat!] Erm..semalam, aku baru join Nuffnang. Nuffnang?? Apa kebenda tuh?? Macam bunyi anjing jek! Ceh. Mana ada. Mesti korang pernah nampak logo ni kan ;


Pastu korang nampak macam2 iklan yang ada kat blog aku tue. Ha! Meh sini aku perkenalkan kat korang. Tapi lepas dah baca korang kene klik kat iklan yang ada kat blog aku ni. Hahahahahhaha


Apa itu 'Nuffnang'?
Nuffnang adalah syarikat pengiklanan yang memberikan peluang kepada blogger untuk meraih pendapatan sambil berblog melalui program pay perclick. Maksudnya pihak Nuffnang menggunakan blog kita sebagai medium pengiklanan. Nuffnang adalah satu syarikat pengiklanan yang berasal dari Malaysia dan kini sedang mengembangkan projek pengiklanan di 4 buah negara asia pasifik iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia. Boleh buat duit meh!!


Apa itu 'GengBlogger'?

Lepas tu. Aku pegi join jugak Geng Blogger. Apeke binatang pulak tu? Adess. Kalau nak tau, GengBlogger ni merupakan satu web dimana blogger2 seluruh Malaysia berkumpul. Kat sini kitorang *mentang2 boleh memperkenalkan dan berkongsi blog masing2. Contest2 menarik pun ada jugak. So kepada semua geng-geng blogger ini, silalah terima daku sebagai geng korang yang terbaru. Hahah. Be my followers keyh??

Sesungguhnya aku tak boleh nak post panjang2 hari ni memandangkan kat rumah ni dah tak de orang. Semua pergi sekolah T____T terpaksalah semua kerja2 housewife aku yang buat. Okey. Takpe. Aku pun dah 5 tahun hidup kat asrama je. Ni la masanya aku nak berbakti kat rumah yang terchenta ini. I have to go now. Pinggan mangkuk tak basuh lagi, kain baju tak sidai lagi, rumah tak kemas lagi blablabla....






Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

8 comments:

  1. hepi blogging! i folow u bek!

    ReplyDelete
  2. iii....gud2..tp xtaw nape xberminat lagi nk join nuff

    ReplyDelete
  3. wahhaha. ta kesa pon kan??
    rasa agak2 nak join. join ajekk
    =P

    ReplyDelete
  4. selamat berblog. salah satu aktiviti yang bagus dilakukan sementara menunggu result SPM.

    ReplyDelete
  5. anak sulung kak jie pun dok tunggu result SPM

    ReplyDelete