24 January 2010

Flash Memory Back


SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM, SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG atau lebih dikenali dengan nama SERI ABIM PUSAT, itulah sekolah aku yang pertama. Bila nak diingat semula sekolah ni, memang banyak berlaku perubahan dari setahun ke setahun. Dengan pertukaran Guru Besar, Guru Penolong Kanan, cikgu2 pun pindah-randah, budak2 keluar masuk, bangunan kelas bersilih ganti dan macam2 lagi. Surau, PS, Kantin, Koop, Bilik Sakit, Bilik Komp, Tempat Wuduk, semua lahh..

Ingat lagi masa mula2 masuk sekolah ni. Tahun 1999 - aku dapat kelas paling last, kelas 1 Hamzah sebab umi terlambat daftar. Mana tak nya, sebelum tu umi daftar kat SK Taman Midah. Pastu esoknya, Cik Atie, mak Izzat suggest kat umi pasal sekolah ni. Woahh~ Sekolah Swasta rupanya! Yuran pendaftaran ada la dekat RM300, belum buku teks, buku latihan dengan buku tulis. Masa ni umi abah tak kisah sangat pasal duit. Sebab adik2 aku yang lain semua kanak2 lagi. Hehe *_*

Lantas bermula la kehidupan aku sebagai seorang murid SERI ABIM. Dari kelas 1 Hamzah, aku bertukar ke kelas 2 Ali, sebab result akhir tahun menurun (serve me right, konon masa tu pandai sangatla, tanak baca buku. Hambek kau! Dari no.1 turun no.9 T___T ) Kat kelas ni lah aku jumpa Maryam dengan Amalina. Maryam kelas dengan aku sampai Form 3, Amalina plak pindah masa Darjah 6. Gaduh-gaduh dengan budak laki, kawan-kawan jadi benda biasa masa ni.

Kat sini, permainan feveret budak2 macam ikut peralihan. Benda yang selalu kitorang main ; Kad Happy Family, Kad Snap, Batu Seremban, Ceper, Kad Uno. Benda-benda ni yang paaaaaling femes. Dari darjah 1 sampai la darjah 6. Petang pulak, budak laki suka main kejar-kejar. Budak perempuan suka main 'sep tiang' & galah panjang. Kalau sikit punya baik, duduk dekat library baca buku. Pastu tak sah kalau tak singgah kantin atau bas lepas tamat kelas. Yelah, belajar sampai petang, mestilah lapar. Makanan feveret masa tu ; aiskrim, keropok Taro, Super Ring, Durian, Apollo, Kuih Donat, Mini Burger dan banyak la lagi. Sedappp ^^ 

1999-2004
1 Hamzah

2 Ali
3Ali
4 Abu Bakar
5 Abu Bakar
6 Abu Bakar

Haha~ aku ingat-ingat lupa siapa yang ada kat kelas tu. Kalau yang sekolah dengan aku sampai sekolah menengah aku ingatla. Tapi kebanyakan aku ingatla. So, siapa rasa dia kanak2 ABIM sezaman dengan aku, silalah mengaku. Kih kih


Inilah kelas aku masa 2004, darjah 6 Abu Bakar. Pehh. Kelas budak2 pandai (excuse me, aku bukan nak cakap aku pandai. tapi kalau kenyataannya macam tu, hehe alhamdulillah). Aku sejak masuk kelas Abu Bakar dari darjah 4, dah tak pernah dapat Top 10. Haha kan aku dah cakap diorang ni pandai sangat ==' 


Yeay!! Thanks to Fatini Ishak sebab dia upload gmbar kelas tu kat Fesbuk. Aku punya siap beli size A8 lagi, tapi hampehh. Hilang~ Ntah ke mana ntah melayang. Aduhh~ T_T


Tapi lepas Tini upload je gambar tu, kitorang ex-6AB terus membuka cerita. Haha. Ala-ala reunion dalam maya. Sarah, Fatini, Suaidah, Fatin, Aiman, Mundzir, Hakim. Ni baru semalam. Cerita pasal kelas, nak wat reunion, pasal diri masing-masing. Haha tengok la gambar. Semua kecik lagi! Yang aku pasti sekarang semua dah macam galah. Aku je yang tak besar-besar.



Kalau nak baca, klik la.
Comment kami dalam Fesbuk bertarikh 22 Jan 2010.
Melepaskan kerinduan dan kenakalan~



Nak reunion, plan leklok. Plan betul-betul. Ajak cikgu best juge~
(^_^)



Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

9 comments:

  1. rindu gle..zmn ni!!haha
    gmbr safi plg nsem.hak3

    ReplyDelete
  2. haha, i like.
    sume muke tahan panas.
    safi cool je.
    tabik toink2 kt safi.

    ReplyDelete
  3. @nawal.
    haha. reunion kat fs je pong. kih3

    @khales.
    btol. aku pon rinduuuuuuu sgt. jomla kuar reramai.
    kompem gempak punye

    @beja.
    kih3.safi jek??hoho. aku rase sume bole tahan
    hahaha

    ReplyDelete
  4. rinduuu zman skolah la!
    ayuh,kembali ke sekolah~ =D

    ReplyDelete
  5. wahahaahaaha.
    mimpi je laaa
    ;)

    ReplyDelete
  6. argh, nape aku tade gambar sek ren lgsg.

    ReplyDelete
  7. wahaha. pe susa. g reunion. kumpul ramai2. amek la gmba semula
    =P

    ReplyDelete
  8. serious weh.
    rindu gile kat semua!!!

    by me ;)

    ReplyDelete