28 January 2010

Allah Pandai kan ?

"Along.. Allah pandai kan?"

"Hehe. Yup. Sebab tu ada hujan, pelangi, matahari, semua la.."

Dia hanya mengangguk dan tersenyum selepas mendengar kata-kataku. Yeah. That's my lil bro - Hakim, currently 5 years old now. Semalam umi bawak aku dengan Hakim pergi Shah Alam dengan Banting. Biasalah dengan kerja2 umi tu. Kat Banting, kitorang layan makan nasi padang. Pehh. Memang sedapp~




Dalam pukul 6 petang tu kitorang balik la, sebab dah lambat sangat. Lagipun kompem jem. Cuaca masa ni elok sangat. Yelah, matahari nak terbenam. Sekali on the way kat Lebuhraya Kesas tu, aku ternampak pelangi. Batak la kejap dengan Hakim.

"Akim, tengok tu. Ada pelangi.."

Pelangi tu sebelah je.

"Along, kat sebelah sana ada lagi. Nape dia tak sambung??"

Budak ni~

"Sebab ada awan atas tu. Awan tu jahat, dia tutup atas pelangi tu."

Suka-suki aku je cakap macam ni. Hakim pun terus meneliti pelangi yang berwarna-warni. Awan memang hitam. Tak caya cuba tengok ni.


Pelangi nampak sekerat je. Kalau nak lagi jelas, klik la kat gambar tu. Aku snap guna handphone je. Haha. Korang ada nampak tak macam jambatan kat depan sikit tu? Nak story nih.. Masa aku snap gambar ni, tak hujan lagi tau. Sekali lalu je bawah jambatan tu, terus hujan lebat.

Subhanallah...

Tengok~ Aku lalu kat lebuhraya yang sama pada waktu yang sama. Tapi hujan boleh lain-lain pulak. Masa tu aku terus terfikirkan keajaiban dan kekuasaan Allah. Hakim tetap mahu berdialog dengan aku.

"Along, tadi awan tu warna putih, kenapa dah hitam?"

"Sebab dalam awan tu ada banyak air. Dia jadi gemok. Sebab tu hitam. Hitam kan jahat. Tengok, matahari pun hilang.."

"Tu ada matahari.." (sambil menunjukkan awan yang bercahaya.)

"Mana ada, tu awan la. Matahari menyorok belakang awan tu sebab takut hujan keringkan api dia.."

Haha. Aku ni merepek je bagitau kat Hakim. Harap dia lupa je la apa yang aku cakap. (^__^)


 “Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. "
(Surah Ar-Rum : 48)


Allah pandai kan?


Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

7 comments:

  1. ahaha! kuat melabun tul ko ni. Sian adik ko! anyway, pandai gunekan unsur analogy~

    ReplyDelete
  2. hitam = jahat?! how dare u!





    [haha haha]

    ReplyDelete
  3. @azfar
    rasa nak gelak je bile baca balek.
    haha
    aku mmg suke merepek dgn budak nii
    =)

    @mye
    wahaha. aku suke hitam. makne nya aku jahatla??
    keh3.
    ta pape ta aku ni~~

    ReplyDelete
  4. kau pon comel jugak. hahahahha

    ReplyDelete
  5. ni mazhab mne tah ni..awan hitam jht.? haha..comel dialog adik ko..

    ReplyDelete
  6. kih3. tula pasal. aku ni kan kalo bab merepek kerepek kentang memang no satu. kahakhak.
    adik aku memang comel.
    tgk kakak la
    *erk!padahal org cakap dialog yg comel.
    hahaha
    ;)

    ReplyDelete