28 January 2010

Allah Pandai kan ?

"Along.. Allah pandai kan?"

"Hehe. Yup. Sebab tu ada hujan, pelangi, matahari, semua la.."

Dia hanya mengangguk dan tersenyum selepas mendengar kata-kataku. Yeah. That's my lil bro - Hakim, currently 5 years old now. Semalam umi bawak aku dengan Hakim pergi Shah Alam dengan Banting. Biasalah dengan kerja2 umi tu. Kat Banting, kitorang layan makan nasi padang. Pehh. Memang sedapp~




Dalam pukul 6 petang tu kitorang balik la, sebab dah lambat sangat. Lagipun kompem jem. Cuaca masa ni elok sangat. Yelah, matahari nak terbenam. Sekali on the way kat Lebuhraya Kesas tu, aku ternampak pelangi. Batak la kejap dengan Hakim.

"Akim, tengok tu. Ada pelangi.."

Pelangi tu sebelah je.

"Along, kat sebelah sana ada lagi. Nape dia tak sambung??"

Budak ni~

"Sebab ada awan atas tu. Awan tu jahat, dia tutup atas pelangi tu."

Suka-suki aku je cakap macam ni. Hakim pun terus meneliti pelangi yang berwarna-warni. Awan memang hitam. Tak caya cuba tengok ni.


Pelangi nampak sekerat je. Kalau nak lagi jelas, klik la kat gambar tu. Aku snap guna handphone je. Haha. Korang ada nampak tak macam jambatan kat depan sikit tu? Nak story nih.. Masa aku snap gambar ni, tak hujan lagi tau. Sekali lalu je bawah jambatan tu, terus hujan lebat.

Subhanallah...

Tengok~ Aku lalu kat lebuhraya yang sama pada waktu yang sama. Tapi hujan boleh lain-lain pulak. Masa tu aku terus terfikirkan keajaiban dan kekuasaan Allah. Hakim tetap mahu berdialog dengan aku.

"Along, tadi awan tu warna putih, kenapa dah hitam?"

"Sebab dalam awan tu ada banyak air. Dia jadi gemok. Sebab tu hitam. Hitam kan jahat. Tengok, matahari pun hilang.."

"Tu ada matahari.." (sambil menunjukkan awan yang bercahaya.)

"Mana ada, tu awan la. Matahari menyorok belakang awan tu sebab takut hujan keringkan api dia.."

Haha. Aku ni merepek je bagitau kat Hakim. Harap dia lupa je la apa yang aku cakap. (^__^)


 “Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. "
(Surah Ar-Rum : 48)


Allah pandai kan?


Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

24 January 2010

Flash Memory Back


SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM, SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG atau lebih dikenali dengan nama SERI ABIM PUSAT, itulah sekolah aku yang pertama. Bila nak diingat semula sekolah ni, memang banyak berlaku perubahan dari setahun ke setahun. Dengan pertukaran Guru Besar, Guru Penolong Kanan, cikgu2 pun pindah-randah, budak2 keluar masuk, bangunan kelas bersilih ganti dan macam2 lagi. Surau, PS, Kantin, Koop, Bilik Sakit, Bilik Komp, Tempat Wuduk, semua lahh..

Ingat lagi masa mula2 masuk sekolah ni. Tahun 1999 - aku dapat kelas paling last, kelas 1 Hamzah sebab umi terlambat daftar. Mana tak nya, sebelum tu umi daftar kat SK Taman Midah. Pastu esoknya, Cik Atie, mak Izzat suggest kat umi pasal sekolah ni. Woahh~ Sekolah Swasta rupanya! Yuran pendaftaran ada la dekat RM300, belum buku teks, buku latihan dengan buku tulis. Masa ni umi abah tak kisah sangat pasal duit. Sebab adik2 aku yang lain semua kanak2 lagi. Hehe *_*

Lantas bermula la kehidupan aku sebagai seorang murid SERI ABIM. Dari kelas 1 Hamzah, aku bertukar ke kelas 2 Ali, sebab result akhir tahun menurun (serve me right, konon masa tu pandai sangatla, tanak baca buku. Hambek kau! Dari no.1 turun no.9 T___T ) Kat kelas ni lah aku jumpa Maryam dengan Amalina. Maryam kelas dengan aku sampai Form 3, Amalina plak pindah masa Darjah 6. Gaduh-gaduh dengan budak laki, kawan-kawan jadi benda biasa masa ni.

Kat sini, permainan feveret budak2 macam ikut peralihan. Benda yang selalu kitorang main ; Kad Happy Family, Kad Snap, Batu Seremban, Ceper, Kad Uno. Benda-benda ni yang paaaaaling femes. Dari darjah 1 sampai la darjah 6. Petang pulak, budak laki suka main kejar-kejar. Budak perempuan suka main 'sep tiang' & galah panjang. Kalau sikit punya baik, duduk dekat library baca buku. Pastu tak sah kalau tak singgah kantin atau bas lepas tamat kelas. Yelah, belajar sampai petang, mestilah lapar. Makanan feveret masa tu ; aiskrim, keropok Taro, Super Ring, Durian, Apollo, Kuih Donat, Mini Burger dan banyak la lagi. Sedappp ^^ 

1999-2004
1 Hamzah

2 Ali
3Ali
4 Abu Bakar
5 Abu Bakar
6 Abu Bakar

Haha~ aku ingat-ingat lupa siapa yang ada kat kelas tu. Kalau yang sekolah dengan aku sampai sekolah menengah aku ingatla. Tapi kebanyakan aku ingatla. So, siapa rasa dia kanak2 ABIM sezaman dengan aku, silalah mengaku. Kih kih


Inilah kelas aku masa 2004, darjah 6 Abu Bakar. Pehh. Kelas budak2 pandai (excuse me, aku bukan nak cakap aku pandai. tapi kalau kenyataannya macam tu, hehe alhamdulillah). Aku sejak masuk kelas Abu Bakar dari darjah 4, dah tak pernah dapat Top 10. Haha kan aku dah cakap diorang ni pandai sangat ==' 


Yeay!! Thanks to Fatini Ishak sebab dia upload gmbar kelas tu kat Fesbuk. Aku punya siap beli size A8 lagi, tapi hampehh. Hilang~ Ntah ke mana ntah melayang. Aduhh~ T_T


Tapi lepas Tini upload je gambar tu, kitorang ex-6AB terus membuka cerita. Haha. Ala-ala reunion dalam maya. Sarah, Fatini, Suaidah, Fatin, Aiman, Mundzir, Hakim. Ni baru semalam. Cerita pasal kelas, nak wat reunion, pasal diri masing-masing. Haha tengok la gambar. Semua kecik lagi! Yang aku pasti sekarang semua dah macam galah. Aku je yang tak besar-besar.



Kalau nak baca, klik la.
Comment kami dalam Fesbuk bertarikh 22 Jan 2010.
Melepaskan kerinduan dan kenakalan~



Nak reunion, plan leklok. Plan betul-betul. Ajak cikgu best juge~
(^_^)



Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

23 January 2010

Friend In Need ...

.. is a friend indeed~


Salam.
Woahh! Sudah seminggu aku tak update blog kesayangan ini. Haha. Al-maklum, dok rumah pun currently busy jugak. Jadi bibik terhormat la katakan. Not forget, setiap minggu mesti sekali aku akan pergi sekolah. Nak buat macam mana. Ketua Editor kuat mencapub ni nak kena edit majalah dengan sehabis baik. Well, sekarang majalah sekolah sudah siap. Tinggal orang kedai nak print out and publish.

Thanks a lot to AJK2 Redaksi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang banyak memberikan bantuan dan sokongan serta kerjasama yang sangat baik dalam pembikinan Majalah Al-Munir edisi ke-22 bagi tahun 2009. Semoga majalah keluaran kali ini GEMPAK punya~!!

*majalah dah kuar sok kita makan ramai2 nak??hehe~*
_________________________________________________ 

Saje membebel. Lama tak babbling macam tuh. Haha. Aku ni kekurangan stok idea nak post pasal apa kat blog ni. Last2 Miza suruh aku story pasal MJ - Miza Jaapar. Hehe. Okey, fine. Aku stori pasal kawan aku sorang-sorang (^_^)



Umirah~
My closest friend! Love and miss her soo much! She is my first friend when I come to 4 Firdaus last two years. She always be side me, make me smile, laugh and even tears. Love to share secrets and favorites. Kitorang pernah kena 'tangkap kering' sebab duduk 3 orang dengan budak laki dalam kelas. Ohh. That's nonsense..

Crazy things about her :
Ajak aku teman dia pergi dating mengajar subjek SMA kat kelas atas.



Amiira~
Sekutu and very addicted to eat and eat and eat. She's so cute and sangat rajin untuk buat apa sahaja walaupun kadang2 dia malas tolong aku. She is hardworking and she will do any job sampai betul2 siap. Kami berdua juga addicted pada Biology walau hakikatnya sangat jarang untuk mendapat Gred A because we are doctor-wanna-be "ameen". She's always support me in my studies and I support her too. Haha. We veryyyyyy like to study last minute, sebab tu yang masuk otak. Kami juga sangat2 CRAZY in Additional Mathematics. Paham2 la.. I'm in love with her cooking! Sedap sedap sedap especially sponge choc cake :)

Crazy things about her :
Senang betul dapat kerja. Hari tu kat Cake House but now at Domino's Pizza ; jadi Pizza Maker pulakk!!





Hamizah~
Weeee...also known as MJ after Micheal Jackson's death. Haha
she's soooo nice to me. Always make me feel happy and make me smile and laugh. She is the one of the three tallest ladies in my class. Hate to be known as 'Anak Pengetua' tapi aku pedulik hape! Suka tengok dia blur dan cakap pelik-pelik
Crazy thing about her :
Pengawas Spot-Check ; tak pena wat spot check pon kat klass kitorang! Siap join skali :)



Hadhinah~
Wahh. Almost 2 years we sit beside in class. She's cute, brilliant and very full of story. Setiap hari macam2 cerita yang dia ni ada. She is the most creative in the class, sebab kerja2 keceriaan yang bukan kerja dia pun, dia buat. She always willing to teach me Add Math, Physics or even anything. Haha tiru dia je best!! Very easy to tear and have a 'unique loud pitch of sound voice' - betul ke ayat ni?? Sangat tak segan untuk buat apa saja. 

Crazy things about her :
Setiap hari pegang duit yang saaaangat banyak dan dompet tersebut hilang~ Gelabah weii. Alhamdulillah cikgu Sabariah jumpa.
 



Zafirah~ 
Lebih dikenali sebagai JUGAH. She's the first person I met at SAMTH. Currently come from SAM Jeram and get 8A's in PMR. Nama pun dekat sama, pakai spek, she's like my twin. Hehe. Also a creative girl, note mesti colourful macam Dina. Tak pernah tinggal kat asrama and we got the same dorm. Katil pun sebelah :) miss dat time. Dia pun sabar je layan karenah aku. Haha. Suka makan Laksam Mak dia!!!
Crazy things about her :
She's very hate to the alien of CAT sampai sanggup berdiri atas meja =P



Natasha~
My second friend named Nawal. Haha. First met at stairs masa dia bawak beg baju naek dorm. Budak baru la katakan. One the most, actually she is Nasrul Hanif's sister. "Siapa tak kenal Nasrul Hanif? Budak suara kebangsaan. Solo Soul al-Ghamidi 2008". Bakat terpendam macam abang dia jugak :) But she just lost her lovely younger brother. Adiknya telah kembali ke rahmatullah masa SPM masih lagi berjalan. Al-Fatihah buat arwah~ 

Crazy things about her :
Kadang2 blur dan sangat suka tanya pelbagai soalan merapu kalau ada ketidakfahaman. Pernah terkena dengan aku & Zaf. Ohh. Jahat sungguh kami! =)




Khadijah~
Kawanku yang paaaaaaaaaaling selamba! Also come from Jeram and first time tinggal kat asrama. Seorang yang gila2, suka cakap merapu and she's like to make peep around her to smile and laugh and chat to her. Dija sangat kedek!! Haha Dia dikatakan ada scandal dengan Wan Ashraf ; betul ke tak, ask themselves Kih3 

Crazy thing about her :
Bab makan nombor satu sampai tak ingat dunia [mcm aku la ni]




Shuhada~
Peeps call her Adah because there are soooo many Shuhada in dat school. She's the most girl yang sabar dengan perangai aku kat sekolah and asrama. *aku ni kan gedik* Love to help peeps around her especially about health. Maklumlah, Ketua Exco Kebajikan & Kesihatan Asrama. Tak lupa, dia juga sangat suka bagi nasihat dan motivasi, memang sesuai dgn jawatan PRS kat skola. Now, she is continuing her studies in Nursing Course kat Institut Lagenda, Mantin, N9.

Crazy things about her :

Suka cakap laju-laju, belit-belit benda yang sama. Haha



Aishah~
Kawan aku yang paling cantik, paling baik, paling berbudi, paling beriman antara kitorang (^_^). All teachers and students SAMTSH know her because her attitude. Pehh. Suara pulak sangat sedap! Nasyid, taranum, zikir serah je kat dia. Bab kepimpinan tak payah cakap. Dialah Ketua Umum Aspuri, Naib Presiden PRS, Naib Pengerusi PPIM, and Naib Pengerusi Ibn Razzi. Semua orang percaya dengan kebolehan dia. I miss her soooo much. Ecah ni banyak bg nasihat kat aku yang banyak jugak mengubah hidup aku. Sekarang dia PLKN kat Kem Gunung Semanggol, Perak. How's her life now? Hehe.. 

Crazy thing about her :

Banyak parut tersembunyi kat muka sebab masa kecik dulu dia sangat ganas!! Main pisau segala bagai.





Itu jelah setakat ni dulu. Dah malam la. Korang-korang yang tak de tu jangan terasa hati, sebab aku tak cukup masa ni. Hehe. Esok-esok aku post pasal korang pulak ye. Jangan nanges plak. Aku rinduuuuuuuuuuuuuu sangat kat korang!!



Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

16 January 2010

Nak kurus? Jangan ambil ubat tau!

Kadang-kadang kita terdengar segelintir masyarakat kita terutamanya perempuan, suka bercakap perkara ini - masalah gemuk atau berlebihan berat badan. Ayat-ayat seperti ; "Ohh, tidakkk~! Aku semakin gemuk!!", "Alamak, macam mana nak kurus ni??" atau "Gemuknya aku! Malulah kalau orang pandang~". Pernah juga perkara sebegini terlintas di fikiran saya memandangkan berat badan semakin bertambah dek tinggal di rumah hampir sebulan setengah selepas berakhirnya SPM pada bulan Disember lalu.



Biasalah kalau dah duduk kat rumah, perkara pertama yang selalu dibuat mestilah makan, makan dan makan. Sarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam, supper. Adoyai~! Risau pulak. Oleh sebab itu, hari ini saya telah membuat sedikit kajian dan 'surf-ian' mengenai perkara ini. Well, banyak di antara cara-cara untuk menguruskan mengurangkan berat adalah dengan menelan PIL KURUS. Aiyaaa...tak elok maaa..





CARA UNTUK MENGURANGKAN BERAT TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR 

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 

9. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.  

10. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. 


11. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

12. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. MAKAN DI MEJA MAKAN!!

13. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. 

14. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 

15. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing - 
.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat 
.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif
.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
.Bersenam atau peregangan. sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



 comel plak kartun ni :)

Selamat mencuba !!



Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

14 January 2010

STAM ? Aku nak amek??

Berita terkini SAMTiSH

Rabu, 13 Januari 2010 - Pendaftaran bagi para pelajar Tingkatan 6 STAM sessi 2010 telah berjalan dengan lancar semalam di semua sekolah agama menengah tinggi (SAMT) di seluruh negeri Selangor. Seramai lebih kurang 70 orang telah mendaftar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH), Jalan Kota Raja, Klang, semalam. Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Mohd Suhaimi bin Salleh berkata, para pelajar yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah ini boleh mendaftar mulai semalam hingga hari ini. Kebanyakan mereka berasal daripada sekolah ini sendiri, selain dari SAM Bestari, SAM Hisamuddin Sg. Bertih, SAM Sungai Merab Luar, SAM Jeram, SAM Nurul Iman dan lain-lain. Para pelajar ini telah ditempatkan di kelas 6 STAM 1 dan 6 STAM 2 yang berada di blok Asrama Putera. Mulai hari ini dan esok, mereka akan menjalani sesi orientasi yang mana slot-slot menarik mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diperdengarkan kepada calon-calon STAM 2010 ini.

Sumber dari : Ketua Editor Sekolah 2009 :)
_____________________________________________________________________________________


Salam.
Hehe. Alhamdulillah. Semalam aku dapat pergi sekolah lagi, dengan alasan nak jumpa kawan2 lama. Tapi memang betul pun, sebab semalam kan diorang daftar STAM. Kitorang - Aku, Adah, Ain Shud, Shera, Zatie, Pekja, Amin, Izzuddin - pergi sekolah dengan suka citanya. Haha Pekja, Amin dengan Izzuddin ada kerja sebenarnya. Diorang kena tolong Tcher Leen, masukkan markah Koko dari Tingkatan 2 sampai Tingkatan 6. Aku, Ain, Adah mengofferkan diri tolong Cik Koop Aimi jaga koop. Pehhh! Femes kitorang. Sape lalu kat koop, kitorang terus je menjerit. Yang bestnya, Cikgu Sabariah, Cikgu Hasliza yang dah berabad berminggu2 tak jumpa. Ohh habis bising koop tu. Meriah.


bajet bergambar depan pintu Bilik Mesyuarat Aspuri yang baru ber'tile'

Yea yea yea. Nasib baik budak2 sana tak sombong lagi, kira diorang ingat lagi la kat kitorang. Mu'az, Pojan, Ayie, Syeman, Iqbal, Arif, Murni, Izza, Umai si MPA baru yang dah lama ni la. Haha. Faham ke? Satu lagi nak bagitau, gelaran SAMTiSH tu budak2 sini yang letak. Tak tahu la kalau cikgu Pengetua bagi ke tak. ^_^


are-da yang batak tengok mural depan DM

Then, kat dewan, dapat jumpa kengkawan yang amek STAM - Mardhiah, Tasha, Dahlia, Ain, Maryam, Hidayah, Umira, Shazwani, Ayong, Daus, Amir Akhtar, Naim, Haziq, Hakim, sape ntah lagi. Dak skola lama aku -  Piepa, Niena, Khuza, Aziz. Aliyah kakak Zakiyyah pun jumpa jugak :) Diorang sume suruh aku mohon STAM balik semula. Adoii.. Sebenarnya, memang dah mohon hari tu, tapi lepas ustazah Aisyah cakap yang budak STAM tak boleh keluar, mesti habiskan sampai exam, tu yang aku tarik diri. Tetiba umi suruh aku mohon pulak. Dija dah mohon, tinggal tunggu keputusan je. Aku ni...

"Nak Mohon Ke Tak ????? Patut ke Tak ???"



Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

11 January 2010

AJL 24 - Aizat memang best!


Wah Wah~!
Aku sangat teruja la semalam masa tengok Anugerah Juara Lagu 24. Peh! Performance finalis2 AJL tahun ini semuanya mantap! Superb betul!! Tak sangka tahun ni punya mantap, dengan pentasnya, lightning, music, props ; ceh, aku ni da macam apa ntah. Well, tu lah. Dengan opening Dato' Siti Nurhaliza dan Lan tu je dah meletup,komfrem semua 14 lagu meletup jugak. Heheh...



Aizat~!! Lagu2 dia memang best dari dulu lagi. Itu memang tak dapat dinafikan. Suara dah la sedap, lirik pun memang mendalam maknanya [ceh,aku ni ada makna lain] Sekarang muka pun makin comel. *__* Aizat telah memenangi Persembahan Terbaik dan Juara AJL 24 ; so semalam RM30000 dengan 2 trofi dia dapat! Congrates~!! Paling suka time lagu Kau Aku, performance budak2 sekolah tu buat aku teringat kat asrama, sekolah. Dah la lagu ni banyak sangat menyimpan memori  dan kenangan. Cheewahh T_T


 credit to www.videokl.com

Aizat - Kau Aku

Kau dan aku adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku,
Engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi
yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh.

Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

Haha. Suka suka suka sangat lagu ni~!! *sori, keterlebihan emosi. Kui3. Biasalah. Lagu banyak kenangan, memangla suka sangat. Tapi, finalis yang lain best jugak.
.Yuna - punya show rilek and dressing yg simple. I like :D
.Faizal Tahir - tongkat yg dijadikan prop! Smart dressing! Lagu best~!!
.Black - aku suka dengar vokal die. Baju dia pun chantekkk
.Tomok - movie dia dengan Diana tu sweet je. Baju dia lawa sangat.
.Stacy - show dia best giler!!! Lagi2 masa dia menari. Pehhh
.Hafiz - simple and nice
.Akim - prop keluar api tu mantap. Suka suka
.Misha Omar - lagu yang best tapi persembahan low la. Suara dah ok T_T
.Alyah - best best best
.Bunkface - I luv their performance, sebab libatkan budak2 Idola Kecil. Cute je.
.Estranged - good opening. haha
.Hujan - sape perasan, Noh buat muka pelik time fans diorang datang kat stage? Lawak gila time ni.

Overall, Anugerah Juara Lagu 24 tahun ni memang lain daripada yang lain ^_^

Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

08 January 2010

CosmoWorld, Palace of Golden Horses, Karnival Jom Masuk U

Aku bosan dengan cintamu..
Aku rasa buang masa..
Kau selalu mendustakan cintaku..

*Lagu ini tiada kena-mengena dengan my post.
Saja.
Jangan lupa tengok Anugerah Juara Lagu 24.
Photobucket


Sebenarnya tengah boring, bosan, dan dilema ni. Tula tak pasal2 keluar lagu Akim - Bengang tu. Esok aku ada dua event tapi tak tau nak pergi mana satu. One,my class reunion - 5 Firdaus kat CosmoWorld, Times Square and one more, my mom got free tickets untuk sleep-over dekat Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan [tempat Mawi dengan Ekin kawen tu]

Please help me to decide !! 
___________________________________________________________

Dengar sini~!!
Aku nak ajak semua lepasan SPM yang tak ada apa2 kerja sekarang untuk pergi ke Karnival Jom Masuk U 2010. Jom la. Sape nak pergi dengan aku? Tak nak la sorang2.

 click for larger view


Tujuan :
  • Objektif program adalah menjadi Pusat Sehenti (One Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

  • Program ini juga ingin mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian (Online).

  • Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

  • Menerangkan kaedah pemarkahan kokurikulum berasaskan sekolah yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi permohonan Kemasukan ke IPTA.

  • Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain mulai sesi akademik 2010/2011.
 Sasaran :
  • Pelajar SPM/STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma
  • Lepasan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma
  • Guru  Bimbingan dan Kaunseliang Sekolah (GBKS), Kaunselor, Guru-guru, Ibu bapa dan masyarakat setempat
Aktiviti2 yang dijalankan :
  • Ceramah dan forum yang interaktif
  • Pameran Pendidikan "JOM MASUK U"
  • Cabutan Bertuah
  • Cabutan Perdana
  • Pengagihan brosur program pengajian yang ditawarkan
Untuk maklumat lanjut, sila klik sini

Harap Maklum ;)
 ________________________________________________________


Aimi~!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU SIS !!


18 years already =)

    Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

    06 January 2010

    Surprise, AMIN ~!!

    This post is currently for my bestiest boy friend
    Emoticon Pictures, Images and Photos
    - harap maap, bukan 'boyfriend' itu -

    FADHLI AMIN, kau dengar apa aku nak nyanyi nih...

    "Allah Selamatkan kamu...
    Allah Selamatkan kamu...
    Allah Selamatkan Fadhli Amin...
    Allah Selamatkan kamu..."
    Photobucket
    "Selamat Hari Jadi...
    Selamat Hari Jadi...
    Selamat Hari Jadi Amin...
    Selamat Hari Jadi..."
    Photobucket
    "Happy Birthday to you...
    Happy Birthday to you...
    Happy Birthday to Amin...
    Happy Birthday to you..."
    Photobucket
    "Zhu Ni Shenri Kuaile..
    Zhu Ni Shenri Kuaile..
    Zhu Ni Shenri Kualie Amin...
    Zhu Ni Shenri Kuaile.."
    Photobucket
    "Bar bar Din Ye Aaye..
    Bar bar Din Ye Aaye..
    Bar bar Din Ye Amin...
    Bar bar Din Ye Aaaye..."
    Photobucket

    Amin. Ucapan khas dari aku ;
    Photobucket Jadi budak baek~!
    Photobucket Don't dare to forget me!! Haha..
    Photobucket Hope ALLAH always beside you and blessing you..
    Photobucket Jom doa sama2 untuk kejayaan SPM kita~!!
    Photobucket Kawen nanti ajak jemput aku tao !!


    ______________________________________________ 

    Hehe.. Ntah hantu comel mana yang rasuk aku suruh buat post untuk Amin ni lawa2 plus comel2 plus kiut-miut gitu. Hari ni secara officially-nya Amin, kawankuh sorang ini telah berjaya menambah umurnya, 17 + 1 = 18, yea!! Amin sudah 18 tahun!! Alhamdulillah. Semoga kau mendapat apa segala macam yang kau hajatkan. [skema lorh~] Sorik Amin. Aku tak de hadiah la untuk kau. Janji aku nak belanja kau makan pun belum lagi. Bila nak keluar eh? Semalam dapat 'outing' pergi sekolah je. Itu pun kena buat kerja, tolong MakCik Koop Aimi tue. haha Photobucket Jangan marah sis~! Okeh. Babai.

    Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

    04 January 2010

    Nuffnang, GengBlogger and blablabla

    Salam.

    Wah wah. Semalam member aku puji. Blog aku semakin hebat dari sehari ke sehari. *_* Ye ke? Aku pun baru proses belajar dan belajar dan belajar walaupun aku dah tamat sekolah dengan rasminya lepas SPM habis hari tu. T__T Aku rindu nak pergi sekolah, jalan2 kat dataran, rayau2 kat blok A + blok B sampai semua orang dah kenal muka Ketua Editor Sekolah yang suka 'mencapub' ni, lepak2 kat Lab Comp, gedik shopping2 kat Koop, jerit2 kat asrama, usha2 adik hensem, gosip2 benda yang tak digosip, dating dengan cikgu dan macam2 lagi. Hakhak. Tu semua dulu!!! Sekarang aku dah tak berpeluang lagi nak buat semua tu lagi.


    I'm really miss this moment~

    Walau apa pun, aku kena terima hakikat yang aku memang sudah tamat sekolah. Titik! Anyway, blogging aje lah yang dapat membuatkan aku melupakan semua benda2 mengarut tu [walau pada hakikat dan majaz nya lagi ingat!] Erm..semalam, aku baru join Nuffnang. Nuffnang?? Apa kebenda tuh?? Macam bunyi anjing jek! Ceh. Mana ada. Mesti korang pernah nampak logo ni kan ;


    Pastu korang nampak macam2 iklan yang ada kat blog aku tue. Ha! Meh sini aku perkenalkan kat korang. Tapi lepas dah baca korang kene klik kat iklan yang ada kat blog aku ni. Hahahahahhaha


    Apa itu 'Nuffnang'?
    Nuffnang adalah syarikat pengiklanan yang memberikan peluang kepada blogger untuk meraih pendapatan sambil berblog melalui program pay perclick. Maksudnya pihak Nuffnang menggunakan blog kita sebagai medium pengiklanan. Nuffnang adalah satu syarikat pengiklanan yang berasal dari Malaysia dan kini sedang mengembangkan projek pengiklanan di 4 buah negara asia pasifik iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia. Boleh buat duit meh!!


    Apa itu 'GengBlogger'?

    Lepas tu. Aku pegi join jugak Geng Blogger. Apeke binatang pulak tu? Adess. Kalau nak tau, GengBlogger ni merupakan satu web dimana blogger2 seluruh Malaysia berkumpul. Kat sini kitorang *mentang2 boleh memperkenalkan dan berkongsi blog masing2. Contest2 menarik pun ada jugak. So kepada semua geng-geng blogger ini, silalah terima daku sebagai geng korang yang terbaru. Hahah. Be my followers keyh??

    Sesungguhnya aku tak boleh nak post panjang2 hari ni memandangkan kat rumah ni dah tak de orang. Semua pergi sekolah T____T terpaksalah semua kerja2 housewife aku yang buat. Okey. Takpe. Aku pun dah 5 tahun hidup kat asrama je. Ni la masanya aku nak berbakti kat rumah yang terchenta ini. I have to go now. Pinggan mangkuk tak basuh lagi, kain baju tak sidai lagi, rumah tak kemas lagi blablabla....






    Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

    01 January 2010

    2.0.1.0


    Salam.
    Alhamdulillah. Only a few seconds more we had move to 2010. Sekejap betul masa berjalan. Sedar tak sedar, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dah selamat berjalan. Sekolah pun dah tamat. Isk isk Tapikan, aku rasa tahun 2009 ni macam satu nikmat dan rahmat yang ALLAH kurniakan buat kita semua especially me~ 090909 - Dat's my birthday for this year, tepat 17 tahun, waktu tu tengah exam Trial SPM - Paper Biology *_*Bukan tu saja, 20092009 - the first day we celebrate our Hari Raya Aidilfitri. 

    Kebetulan pulak, banyak sambutan Hari Kebesaran Islam like Maulidur Rasul (9 Mac), Israk Mikraj (20 Julai), Nuzul Quran (7 Sept) dan Aidilfitri (20 Sept) semuanya jatuh pada hari Isnin. Isn't it cool, sebab ianya baik untuk permulaan hari. Menarik jugak bila Aidiladha (27 Nov), Awal Muharram 1431 (18 Dis) dan perayaan Krismas (25 Dis) disambut pada hari Jumaat. 2010 jugak hari JUMAAT - sayyidul ayyam - hari segala hari!! Subhanallah~




    Date of December 31 each year give me the opportunity to recalling all the memories and all the things that have occurred throughout the year. Kira sikit macam muhasabah diri la. Hehe.

    Flashback ...
    .Jan - I'm a candidate of SPM '09!! Yeah,tapi tetap buzy dengan all the stuff pasal registration, orentasi budak2, meeting sana sini. huh!

    .Feb - Still doing the same thing ; meeting, reports, SPBT lagi. Mana la cikgu tak bengang, asek muka aku je keluar klass sibuk sangat aku ni!! =P

    .Mac - keje yang same jugak. Tapi lagi aktif bulan ni sebab ada Amal Islami. Masuk nasyid weihh. Cuti sekolah plak ade kem MPA. Best!!! 

    .April - Praktikal sembelih ayam. Aku ta ley lupa cemane aku tarik ayam dari tangan si Arif. Takut betul dia nak sembelih!

    .Mei - Peperiksaan Pertengahan Tahun. Sadis gile, cemane ntah boleh demam. Time Bio pulak!

    .Jun - Cuti sekolah, tapi kena datang sekolah jugak. Tape. Berkorban untuk exam. *tiba2 aku teringat aku bergaduh berselisih faham dengan Teacher Sue pasal aku nak jugak pegi Amal Islami dekat SAMTSSAAS. Sorry ek teacher!

    .Jul - Sibuk amek2 gambar kelas, persatuan, kelab segala bagai. Editor la kata kan

    .Ogos - Dah letak jawatan sebagai Majlis Pengawas Asrama (MPA). Peperiksaan Percubaan SPM. Masih tak sedar diri lagi. Cuma alhamdulillah. Result better than Mid-Year Exam.

    .Sep - Masih dalam Trial lagi. Hepi beday to me =) 090909


    .Okt - Raya raya raya
    .Nov - Perjuangan di medan Jihad bermula. SPM! Sedih~berpisah dengan adik2 dorm. Miss you all la!!

    .Dis - Alhamdulillah. Selesai sudah SPM~! Vacation MPA berjalan dengan lancar.



    __________________________________________________________________________________


    Jom berdiskusi sikit.

    Patut tak negara kita ni sambut Tahun Baru dengan konsert yang berjela2, hiburan sana sini, percampuran lelaki perempuan yang terlalu bebas? Aduih. Pagi tadi aku ada dengar kat IKIM.fm (terbukak hati kejap) Kenapa masyarakat kita lebih cenderung kepada benda2 macam tu? Pernah tak korang terfikir, sambutan tahun baru yang negara kita beriya2 sambut ni merupakan sambutan ulang tahun hari jadi TUHAN YAHUDI & KRISTIAN? Bukan apa, takut2 akidah terpesong je. Ye lah, kalau buat forum ke, diskusi ke, komfrem kosong tempat tu tapi kalau buat pesta, konsert nyanyi2, penuh sampai tak muat nak tampung semuanya. Huhu


    ولن ترضى عنك اليهود ولن نصرى حتى تتبع ملتهم
    Maksud:"dan tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani ke atas kamu, sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka"


    Semoga kita bukan dalam golongan mereka ini. Jangan lupa pegi Masjid Negara malam ni. Ada program Solat Sunat Gerhana Bulan berjemaah. Kita dimaklumkan bahawa satu gerhana bulan akan berlaku pukul 1 pagi nanti. Kalau tak dapat buat kat masjid, kat rumah pun jadi =)


    Calendar 2010 *click for larger image*


    credit to ladybugproyect.devianart.com

    Okey. Nite.



    Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali