06 September 2009

Ireland !



Malam 6 September ni aku ditemani dengan lagu2 jiwang zaman 90-an kat Hot.fm ni. Sekarang tgh on lagu 'Titian Perjalanan - XPDC' ; betul2 bagi aku mood layan blues malam ni ; dengan perut yang kenyang dan mata yang masih tak mengantuk. Well, malam memang memberi inspirasi buat aku untuk ber-blog ^_^


ps. sastera la pulak ~

 

Kitorang sekeluarga baru je balik dari rumah Mak Su, kat Bukit Mahkota, Nilai, N9. Dekat je pon, tak jauh. Gathering hari ni lagi ramai. Family Pak Long, Pak Lang, Pak Cik, Mak Tam, Pak Teh, Kak Tina, Abang Am, Kak Farina dengan anak2 diorang semua ada. Meriah! Makanan mcm biasa - pot luck. Sebelum buka puasa, Pak Long conduct bacaan tahlil, dengan zikir2 dan selawat. Maghrib, Isyak, Tarawih sekali la kat sana.

Heh~ Mak Cik, Kak Sarah siap bukak kedai lagi. Makcik jual tudung, Kak Sarah jual rantai + gelang yg dye buat sendiri. Lawa! Tapi aku tak de la nak beli. No fulus~ Sebelum balik tu, semua tanya + cakap pasal exam. Then, ade la sembang2 dengan Kak Cik, Kak Sarah, Kak Hani ; derang tanya gak la pasal study. Aduh~


Kak Cik : Hang boleh x dapat 10A?
Zida : 11A la kak cik.
Kak Cik : Hah, bagus! Tu kalau straight, boleh mintak scholarship JPA ke, Bank Negara ke. Leh gi oversea. Zida nak gi mana?
Zida : Nak amek Medic, nak gi Ireland!
Kak Cik : So, study betul2, lagi 2 bulan je.
Zida : Orang tengah trial skrg~

Dengan Paklang,

Pak Lang : Wah, rajinnya! [heh, tengah basuh pinggan time ni]
Umi : Biar die buat, kat rumah asyik dalam bilik je [menyampuk]
Zida : Kena rajin, sebab kat rumah tak turun, dok dalam bilik je.
Pak Lang : Study ke? Bagus! Belajar elok2

Dengan Pak Long & Mak Long,
Mak Long : You exam kat this year? Form 5?
Zida : Ha'ah, Mak Long. Sekarang ni tgh trial la.
Mak Long : Mak Long tak risau sgt dengan you, mak long risau dengan dua anak jantan tu [cucu Mak Long, anak Kak Farina dgn anak abang Jeff - my cousins - si Zhafir + Jazli]
Zida : Insya-Allah~ Mak Long doakan je lah, SPM ni bukan macam PMR [then aku pegi kat Pak Long nak salam]
Umi : Cakap la kat Pak Long, soh doakan kejayaan along.
Aku teragak2 nak cakap, tetiba Pak Long pegang bahu aku,
Pak Long : Hang nak exam, buat betul2. [Then, die terus cium dahi aku!]

Tergamam weyh! Tak pernah Pak Long buat macam tu. Sebenarnya bukan ni je, ada banyak lagi, tak mampu aku nak tulis semua. Dengar semua benda ni, nampaknya I have to study dengan lebih bagus! Trial ni buat betul2! Kalau tak pun, ada 2 bulan lagi before truly SPM! Jangan hampakan semua orang!


Zida, you have to go to Ireland!!!











SPM Trial's Schedule
3 Sept
Bahasa Melayu 1 & 2
4 Sept
Bahasa Arab Tinggi 1 & 2
8 Sept
Bahasa Inggeris 1 & 2
9 Sept
Biology 1 & 2
10 Sept
Chemistry 1 & 2
11 Sept
Sejarah 1 & 2
14 Sept
Physics 1 & 2
15 Sept
Syariah 2, Physics 3 & Chemistry 3
16 Sept
Mathematics Modern 1 & 2
17 Sept
Additional Mathematics 1 & 2
18 Sept
Syariah 1 & Biology 3
28 Sept
Quran Sunnah




Kak Tina's daughter - Suhaila


Zida, berubah!
Jangan pk pasal budak tak berguna itu!

Okey, doakan kejayaan saya!


^_^


Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

6 comments:

  1. salam..
    hehe
    zida!
    BM + Bat kuar apeweh?
    klu cket... X)

    ReplyDelete
  2. salam.
    zahidah,
    happy trial,
    gudluck n all the best !

    ReplyDelete
  3. erk, cuak gilaaaa weh!
    trial ni aku buat main2

    ReplyDelete
  4. harap awk dpt result gempak dlm trial ni k.. :)
    doakan sy gak ye,,

    ReplyDelete
  5. saya pon nak ikut awk pegi ireland!
    insyaAllah, both of us
    dpt straight A1 n jmpe kat sne.

    ReplyDelete
  6. jom ipa!
    aku nak sgt pegi sane!!

    ReplyDelete