29 August 2009

Gangguan Seksual

Salam.

Alhamdulillah~ Malam ni dah masuk 9 Ramadhan dah. Masih tidak terlambat untukku mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak~ Cepat sungguh masa berjalan ; pejam celik - pejam celik dah 29 Ogos 2009. Ini bermakna Peperiksaan Percubaan SPM tinggal 5 hari saja lagi. Anda2 yang se-form dengan ku sudah bersedia? Oh~aku masih lagi tak sedar diri. Masih lagi membuat perkara yang tidak berfaedah. Masih lagi berangan2 perkara yang tak pasti. Macam mana ni?
 
 
Form 5 sekolah aku diwajibkan untuk membuat khidmat masyarakat Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Setelah diskas + membuat undian, tangan aku yang tak bertuah ni kumpulan aku telah mendapat tajuk yang sangatlah disukai ramai - Gangguan Seksual dikalangan Masyarakat - siot! Susah giler tajuk ni. Dah la nak kena hantar 1 September ni.

Nak Trial!!


Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

23 August 2009

Aku Sudah Resign Sebagai MPA!


 
Now 0051. Aku still tak mengantuk. Lagipun tak bagus kalau nak tido skunk. Perut ini tersangatlah penuh dan kenyang. Tadi bukak puasa kat umah Mak Teh a.k.a rumah arwah nenek dgn tokwan; dye ajak semua datang. Lagipun long time no gathering macam tu tapi tak ramai yang datang. Pak Lang, Mak Tam, Pak Cik je yang ada [tu wakil family]. 

Dapatla jumpa Kak Mi, Kak Cik, Kak Sarah, Kak Hani, Paan, Adli, Addin, Shazni. Fuih, Paan da macam abang die dah - si Faiz tu - Tinggi ke bapak la budak tu! Kak Zura pun ada, dengan Abang Zaem, Lujayn + Hayyan pun ade [anak2 depa la] Dalam perut pun ada jugak~ Kak Zura pregnant 5 month! Pergh~ Makanan masing2 pot-luck. Maghrib, Isyak, Tarawih sume kat situ - abah jadi imam plak -


Okey. Aku letak picture Majlis Apresiasi MPA tu.





Last night - preparation of the hall
 
Bila tengok gambar si Apek ni, aku tak sangka memang dah tau die yang naik jadi Timbalan Ketua Umum. Sebab apa, malam tu, diorang semua bz2 kat dewan, aku senang-lenang lepak kat bilik guru, menaip segala-mala Sijil Penghargaan MPA, budak berdisiplin, Watikah Pelantikan MPA 09/10. Hehe~ aku dengan bangga suruh cikgu letak Apek kat PKU - dengan harapan biar si Arif Iskandar yang ganti tempat die. 

Dari pukul 11 malam aku menaip sampai la pukul 2 pagi. Nasib baik Ain, Tira, Munawir, Fandi teman aku. Budak2 kat dewan pun ade yang dah lentok, da balik pon ader. Malam tu kitorang melantak sesama nasi lemak, mi hoon dgn mi goreng Mama Ruby. Tak sangka ni malam terakhir buat kerja sama2.


Evening - Majlis Apresiasi Budi


Majlis Apresiasi Budi yang serba ringkas dan mencemar duli buat petang2 ni [every year malam okeh!] bertemakan biru kayangan. Semua MPA pakai baju biru dan budak laen tak dibenarkan sama sekali pakai baju kaler itu! Form5 aspuri gempak! Pakai baju form~ Majlis stat pkul 3 - MC Farouq + Shahiman - ta de pape yang menarik dalam majlis ni. 

Cuma anugerah2 yang disampaikan agak mengejut dan tak tersangka2 penerimanya. Haha aku dapat MPA Paling Inovatif pilihan warden, lawak je. Ayie pun dapat anugerah tu tapi die lagi dapat banyak - paling aktif, paling agresif, paling inovatif dan dapat jadi Ketua Umum - Perasaan sebak menyelubungi kitorang lepas majlis tu dah abes~ We all will miss semua benda yang pernah buat sama2.

Thanks to Abdul Rasyid Bastamam dan Nur Fatimah Azzahra Hamzah yang sudi tolong ambil kan gambar2 ni. Jangan risau. Nanti aku masukkan picture korg dalam ni yek!


Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

21 August 2009

Ustaz Asri Ibrahim Dalam Kenangan

Salam.

Malam 1 Ramadhan 1430H ni sangat menginsafkan aku - lagi2 on the way balik rumah tadi, umi story panjang pasal abang Ustaz Fadzil [ustaz aku yang paling best dari dulu sampai sekarang - kat SAMSMeL] -- siapa lagi kalau bukan vokalis utama Rabbani, Ustaz Mohd Asri bin Ibrahim. Semua cerita pasal arwah, semua umi cerita. Sampai ke kisah umi nangis pun ade. 

Mana tak, kitorang satu family baru je sangat2 jumpa arwah kat Konsert Antara Dunia tu, tup2 Aishah cerita malam Khamis last week, "Zid, Ustaz Asri meninggal pagi tadi..." Terus tegak seram sejuk aku. Teringat masa konsert, Rabbani punya show semua pasal kematian - seolah-oleh arwah mcm dah tau je.

Apa2 pun, setiap yang hidup pasti akan mati. Kita kirimkan Al-Fatihah buat Arwah.


Alhamdulillah...
Akhirnya tepat jam 3 petang 070809 yang lalu, aku sah meletakkan jawatan sebagai seorang pengawas asrama atau nama glamour kat hostel MPA. Skrg hidup aku lagi bebas dan bahagia - sebab aku dapat kembali together dengan Dija, Nasha & Zafirah! I miss them so much okey? haha Adah pun join semeja dgn kitorang.

Tahniah buat MPA lame yang berjaya mengekalkan jawatan MPA korg. Takziah buat budak2 yg naik jadi MPA, siapla korang kena buat mcm2 kerja yang berat, laporan yang bertimbun2, kertas kerja yang ntah apa2 dan anything. Tapi aku sebagai seorang kakak nak pesan, "Semua kerja yang kita buat masa jadi MPA tu sangat berguna untuk kegunaan kita masa depan nanti. So, buat dengan ikhlas sebab kita dah dipertanggungjawabkan untuk jadi tu semua".

Majlis Apresiasi Budi MPA tu berjalan dengan lancar even aku sebenarnya sangat membangkang buat majlis tu petang2 terik Jumaat tue. Tapi bila fikir aku dah nak SPM, trial sangat dah dekat, cikgu cikgi pun bz ke amat, buat je la. Tema baju, biru kayangan. Kalau Andai ikut plan asal, komfrem best! Petang tu ade persembahan dari dak Form 5 - Ammar, Munawir, Faris, Zaim,Husnir & Haziq - seriously best!
 

Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

02 August 2009

Gonna Chow !


Adoih. Pepagi lagi dah gaduh dgn Hakim kecik ni. Ngokngek. Ade ke dye x bagi tukar channel lain masa tgh iklan. Shengal... Semalam best! Aku gi Konsert Antara Dunia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Nak tau lebih lanjut, usha je lah blog adik aku ni.

Pagi tu sebenarnya ade pertandingan nasyid. Ayie la cakap, derang dapat no.3. Tak pe larh. Korunk pon da banyak sangat menang. Bagi can kat orang laen pulak. Hari ini hari Ahad - bi makna petang ni balik hostel and bi makna jugak aku akan pegang jawatan MPA ni seminggu je lagi! Suka, sedih, gumbira, macam2 la lagi yang aku rasa.





feel of me
Suka - Aku dah tak terikat dengan kerja2 yang merepek tu lagi, tak payah buat laporan setiap bulan, tak payah dengar rungutan budak2 pasal makanan DM, tak perlu lagi menghadap muka pakcik makcik DM yang sememangnya aku sangat geram dgn diorang semua!


Sedih - Aku tak kan gi mesyuarat lagi - meeting yang kadang2 sakit hati, gembira hati, suka hati - komfrem tak jumpa, tak cakap, tak wat kerja sesame lagi dengan Pojan, Ayie, Muaz, Sopy, Iqbal, Apek, Arep, Murni, Izza dan Zatil. Wah! Im gonna miss dat funky time very much! Harap2 korang semua tak lupa kitorang. Tegur2la ye...

Gembira - Nak trial! Boleh belajar dengan suka hati~ Boleh prep dgn kawan2 baik aku ; Zaf, Dija, Nawal, aku nak prep dengan korang balik tau!

Tapi dalam banyak2 tu, aku sedih la kot. Yelah, bila ingat balik, dah macam2 benda kitorang wat sesama. Dah la. kang touching lelebeh kang. Teringat ni bulan lapan, aku pun dengan suka hati dan rela hati meninggalkan schedule dalam bulan Ogos ni.

Schedule of August [me, friends, school]
4 Aug - Seminar Bahasa Melayu
5 Aug - Seminar PSI
7 Aug - Hari Kemuncak Ko-Kurikulum Sekolah
8 Aug - Seminar Sejarah + Letak Jawatan MPA!
9 Aug - Gotong-royong Perdana Asrama
10-14 Aug - Seminar2 SPM + Trial STAM
14 Aug - Balik
15 Aug - Pertandingan Azan Peringkat Negeri
16 Aug - Program Keibubapaan SAMTH
17-20 Aug - Trial PMR + Trial SMA
21-31 Aug - School Holiday + Puasa Ramadhan

*Sepanjang bulan Ogos sebelum cuti sekolah seminggu tu adalah masa untuk budak2 redaksi siapkan keje2 yang tertangguh.





Ok.

Zida wanna going away and away from here.

Date of Trial dah bertukar - 3 September 2009

SPM pula tinggal 3 bulan saje.

Tolak makan, minum, solat, puasa, tido, raya, mandi, sume keje tak berpekdah tu sekejap je.


Papai.

"Doakan kejayaan saya dalam Trial SPM ini okeh?"
kata Zahidah Maulida kepada semua readers yang disayangi


Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali