06 December 2008

Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa



Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang. Aku terdengar berita ni masa terdengar kat TV9, kul 3.15 petang tadi. Ya Allah, Bukit Antarabangsa tu kan rumah sedare aku, Abg. Jeff dgn family. Abah terkejut sangat. Every half-hour,abah mesti tunggu depan tv but now abah dah keluar. tataw la pegi mana. Erm,aku ade copy berita dari malaysiakini

3 maut, tanah runtuh di Bkt Antarabangsa

Terkini 2.50pm. Tiga orang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya. Manakala lapan lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.


Menurut laporan media, 15 lagi mengalami kecederaan. Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua projek di kaki bukit di sekitar Bukit Antabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah di Jalan Institut Kerjaraya Malaysia.


Sebelum itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian memberitahu, 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.


Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.


full news, sila lawati malaysiakini. Ni je yang dapat aku siarkan. Hope Abg. Jeff, Kak Yang, Jazli and Syamim ok. Ya Allah, Kau selamatkan lah Malaysia ini daripada musibah dan bencana-Mu. Sesungguhnya kami ini hamba-Mu yang lemah. Amin
 
gambar ini from 9w2rej

Blog ini sedang dalam pembaikpulihan. Segala kesulitan amatlah dikesali

7 comments:

  1. harap2 dpat la kuar smue orang kat tanah runtuh tue...
    cian d'org kan?

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah..
    hebatnya kuasa Allah..
    dalam beberapa minit je ramai yg terkorban dan menyahut seruanNya..
    teringat pulak macammana kalu terjadi kat diri sendiri??
    dah sedia untuk 'kembali' ke belum?
    muhasabah balik..banyaknya dosa..
    x sempat nak bertaubat..

    ReplyDelete
  3. moga2 mangsa yang ditimpa musibah diberi kesabaran dlm menghadapi bencana ini.. ~~

    juga sebagai peringatan kpd kita...

    ReplyDelete
  4. khairun,kate2 ko menakutkan aku..
    huhu..
    da la byk dose,,

    ReplyDelete