07 February 2010

Apabila budak lepas SPM bersemangat nak masuk universitas

Posted by zida at Sunday, February 07, 2010 15 comments
Assalamualaikum :)

Heyya readers. Oh, Im sorry ; currently a bit lazy nak update blog. Ini semua Pakcik Fesbuk punya pasal la. Tak sah kalau sehari tak duduk depan lappy , and then open the freaky facebook saje. SAHAJA !! Haha. Friendster, Myspace ntah ke mana. I thought I have to delete both of that accounts. Malas pulak nak layan menatang tuh. Tapi kawan2 tak bagi delete, sebab banyak gambar dan memori2 tercipta kat dalam dedua website itu.


Fesbuk aku dah lawa lol~ even aku sorang jerk yang nampak perubahan terhadap laman sosial tersebut (cewah) , but it's soooo cute. Look this



Kah kah. Aku suka gila~! Credits to Farahanim ; she invited me to join benda tuh. Sebenarnya aku sendiri tak tau posti kali ni pasal apa. Alahai~ Sejak dua menjak ini lost of ideas. Oke , mengaku sebenarnya kemalasan. Haha. Currently busy dengan watching back Boys Over Flowers kat Youtube (laju tau!) , jadi bibik terhormat kat rumah , and IMKEDA. Yeayh. Im really going to exam this Saturday. REALLY !


Bukak ke Sabtu ni ? Chinese New Year bila eh ?


Oke lately I'm bit confuse nak pilih course apa. Seriously I tak minat accounting (ah, memang tak pernah belajar pun) , econs pun sama - senang cerita bab2 business ni memang tak minat. MEMANG ! Haha. Engineering pun sama, sebab really HATE pada subject yang bernama Physics. Owhh. Im sorry teacher. Dulu asek dapat D jer. Takpe. Minat itu boleh dipupuk, rite ? :)  




Oke, aku memang dah submit benda ni. Antara manusia yang paling excited dan awal menekan butang 'hantar' tersebut. Hahahaa. Tapi, bila tengok balik, layak ker? Semua sains jek ! (Abis nak buat macam mana kalau aku dah memang minat sangat sains. Yup, MINAT sangat~! Tapi, bila tengok balik, layak ker? Tahmidi Perubatan tu la aku rasa paling senang nak dapat sebab syarat2nya not too high! Plus I'm the budak sekolah agama. Cukup dah syarat (^_^)


USIM, UIAM, UITM, UM dan UNIMAS. Kalau boleh aku nak la dapat kat UIA, sebab my abah one of the lecturer kat sana. Kot2 dapat something special ker. Tapi kalau sebab semua ni tak dapat - KALAU - aku nak apply ACMS, yang ada sponsor scholarship with Dr. Sheikh Muszhaphar Shukor tu. Lantak pi la mahal ! Janji aku dapat jadi doktor !! 




Alahai ~ Bila lah result keluar. I'm really really boring. 
 

01 February 2010

Oh Arak !

Posted by zida at Monday, February 01, 2010 8 comments
Yeah yeah. Petang ini daku kembali dengan mood yang ceria la jugak, even there's some scar in my heart *erk. Zida sudah start untuk merepek. Haha ignore it. Semalam pergi PKNS Shah Alam, cari hanphone baru. yeay! Dapat la iPhone sebijik. Haha iPhone la sangat. China's version. Pape pun, aku tetap nak jual handphone tu balik. So, ada sape-sapa nak beli handphone dengan harga RM300? Please please. Please contact me soon. Thank you.

Ohh. Bukan nak story pasal ni. On the way nak ke PKNS tu, aku yang memang sudah arif sangat dengan highway tu *nak jugak letak name arif* , sudah mengetahui yang aku pasti akan melalui jalan depan kilang arak. GOSH!! Sebenarnya aku terfikir, bukankah kita ni sebahagian daripada orang-orang yang bersubahat dengan ntah-sape-sape yang kerja dengan kilang tuh? Banyak hadis yang menyentuh tentang perkara ini. Ohh. 

What the hell of that !?


 

 Ohh. Harap post ini tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak. Bukan apa, saya hanya mahu berfikir sejenak dan meminta pandangan siapa-siapa yang membaca post ini especially for the Islamic Students or anywho yang lebih arif dalam bab-bab fiqh dan hadis hukum.


Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. “
(al Maidah: 90)

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya, yang minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)




Apa yang dimusykilkan di sini adalah, err. Kita tak kira bersubahat ke kalau pembuatan dan penghasilan arak ni ada kat sini?? Huhu..mesti duit cukai ke pape ke masuk dalam pendapatan negeri kan? Lepas tu, duit tu jadi gaji kita plak. Adehh. Kena kilang tu mesti ada kat sini?? Then ada jugak kedai-kedai yang almost of the muslims selalu pergi yang jual arak ni. Boleh ke idak? T_T


Saya cuma takut kita tergolong dalam golongan yang dilaknati Rasulullah. Nanti Baginda tak mengaku umat kang~ Lagipun, kalau Rasulullah laknat, maknanya, Allah pun laknat jugak!


Err. btolkah ape yang aku katakan ini?? 

Maaf. 

Sila beri komen, pendapat atau pandangan anda sebagai seorang rakyat Malaysia dan penganut agama Islam yang sejati :)

 

28 January 2010

Allah Pandai kan ?

Posted by zida at Thursday, January 28, 2010 7 comments
"Along.. Allah pandai kan?"

"Hehe. Yup. Sebab tu ada hujan, pelangi, matahari, semua la.."

Dia hanya mengangguk dan tersenyum selepas mendengar kata-kataku. Yeah. That's my lil bro - Hakim, currently 5 years old now. Semalam umi bawak aku dengan Hakim pergi Shah Alam dengan Banting. Biasalah dengan kerja2 umi tu. Kat Banting, kitorang layan makan nasi padang. Pehh. Memang sedapp~




Dalam pukul 6 petang tu kitorang balik la, sebab dah lambat sangat. Lagipun kompem jem. Cuaca masa ni elok sangat. Yelah, matahari nak terbenam. Sekali on the way kat Lebuhraya Kesas tu, aku ternampak pelangi. Batak la kejap dengan Hakim.

"Akim, tengok tu. Ada pelangi.."

Pelangi tu sebelah je.

"Along, kat sebelah sana ada lagi. Nape dia tak sambung??"

Budak ni~

"Sebab ada awan atas tu. Awan tu jahat, dia tutup atas pelangi tu."

Suka-suki aku je cakap macam ni. Hakim pun terus meneliti pelangi yang berwarna-warni. Awan memang hitam. Tak caya cuba tengok ni.


Pelangi nampak sekerat je. Kalau nak lagi jelas, klik la kat gambar tu. Aku snap guna handphone je. Haha. Korang ada nampak tak macam jambatan kat depan sikit tu? Nak story nih.. Masa aku snap gambar ni, tak hujan lagi tau. Sekali lalu je bawah jambatan tu, terus hujan lebat.

Subhanallah...

Tengok~ Aku lalu kat lebuhraya yang sama pada waktu yang sama. Tapi hujan boleh lain-lain pulak. Masa tu aku terus terfikirkan keajaiban dan kekuasaan Allah. Hakim tetap mahu berdialog dengan aku.

"Along, tadi awan tu warna putih, kenapa dah hitam?"

"Sebab dalam awan tu ada banyak air. Dia jadi gemok. Sebab tu hitam. Hitam kan jahat. Tengok, matahari pun hilang.."

"Tu ada matahari.." (sambil menunjukkan awan yang bercahaya.)

"Mana ada, tu awan la. Matahari menyorok belakang awan tu sebab takut hujan keringkan api dia.."

Haha. Aku ni merepek je bagitau kat Hakim. Harap dia lupa je la apa yang aku cakap. (^__^)


 “Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. "
(Surah Ar-Rum : 48)


Allah pandai kan?

24 January 2010

Flash Memory Back

Posted by zida at Sunday, January 24, 2010 9 comments

SEKOLAH RENDAH ISLAM ABIM, SUNGAI RAMAL DALAM, KAJANG atau lebih dikenali dengan nama SERI ABIM PUSAT, itulah sekolah aku yang pertama. Bila nak diingat semula sekolah ni, memang banyak berlaku perubahan dari setahun ke setahun. Dengan pertukaran Guru Besar, Guru Penolong Kanan, cikgu2 pun pindah-randah, budak2 keluar masuk, bangunan kelas bersilih ganti dan macam2 lagi. Surau, PS, Kantin, Koop, Bilik Sakit, Bilik Komp, Tempat Wuduk, semua lahh..

Ingat lagi masa mula2 masuk sekolah ni. Tahun 1999 - aku dapat kelas paling last, kelas 1 Hamzah sebab umi terlambat daftar. Mana tak nya, sebelum tu umi daftar kat SK Taman Midah. Pastu esoknya, Cik Atie, mak Izzat suggest kat umi pasal sekolah ni. Woahh~ Sekolah Swasta rupanya! Yuran pendaftaran ada la dekat RM300, belum buku teks, buku latihan dengan buku tulis. Masa ni umi abah tak kisah sangat pasal duit. Sebab adik2 aku yang lain semua kanak2 lagi. Hehe *_*

Lantas bermula la kehidupan aku sebagai seorang murid SERI ABIM. Dari kelas 1 Hamzah, aku bertukar ke kelas 2 Ali, sebab result akhir tahun menurun (serve me right, konon masa tu pandai sangatla, tanak baca buku. Hambek kau! Dari no.1 turun no.9 T___T ) Kat kelas ni lah aku jumpa Maryam dengan Amalina. Maryam kelas dengan aku sampai Form 3, Amalina plak pindah masa Darjah 6. Gaduh-gaduh dengan budak laki, kawan-kawan jadi benda biasa masa ni.

Kat sini, permainan feveret budak2 macam ikut peralihan. Benda yang selalu kitorang main ; Kad Happy Family, Kad Snap, Batu Seremban, Ceper, Kad Uno. Benda-benda ni yang paaaaaling femes. Dari darjah 1 sampai la darjah 6. Petang pulak, budak laki suka main kejar-kejar. Budak perempuan suka main 'sep tiang' & galah panjang. Kalau sikit punya baik, duduk dekat library baca buku. Pastu tak sah kalau tak singgah kantin atau bas lepas tamat kelas. Yelah, belajar sampai petang, mestilah lapar. Makanan feveret masa tu ; aiskrim, keropok Taro, Super Ring, Durian, Apollo, Kuih Donat, Mini Burger dan banyak la lagi. Sedappp ^^ 

1999-2004
1 Hamzah

2 Ali
3Ali
4 Abu Bakar
5 Abu Bakar
6 Abu Bakar

Haha~ aku ingat-ingat lupa siapa yang ada kat kelas tu. Kalau yang sekolah dengan aku sampai sekolah menengah aku ingatla. Tapi kebanyakan aku ingatla. So, siapa rasa dia kanak2 ABIM sezaman dengan aku, silalah mengaku. Kih kih


Inilah kelas aku masa 2004, darjah 6 Abu Bakar. Pehh. Kelas budak2 pandai (excuse me, aku bukan nak cakap aku pandai. tapi kalau kenyataannya macam tu, hehe alhamdulillah). Aku sejak masuk kelas Abu Bakar dari darjah 4, dah tak pernah dapat Top 10. Haha kan aku dah cakap diorang ni pandai sangat ==' 


Yeay!! Thanks to Fatini Ishak sebab dia upload gmbar kelas tu kat Fesbuk. Aku punya siap beli size A8 lagi, tapi hampehh. Hilang~ Ntah ke mana ntah melayang. Aduhh~ T_T


Tapi lepas Tini upload je gambar tu, kitorang ex-6AB terus membuka cerita. Haha. Ala-ala reunion dalam maya. Sarah, Fatini, Suaidah, Fatin, Aiman, Mundzir, Hakim. Ni baru semalam. Cerita pasal kelas, nak wat reunion, pasal diri masing-masing. Haha tengok la gambar. Semua kecik lagi! Yang aku pasti sekarang semua dah macam galah. Aku je yang tak besar-besar.



Kalau nak baca, klik la.
Comment kami dalam Fesbuk bertarikh 22 Jan 2010.
Melepaskan kerinduan dan kenakalan~



Nak reunion, plan leklok. Plan betul-betul. Ajak cikgu best juge~
(^_^)


23 January 2010

Friend In Need ...

Posted by zida at Saturday, January 23, 2010 10 comments
.. is a friend indeed~


Salam.
Woahh! Sudah seminggu aku tak update blog kesayangan ini. Haha. Al-maklum, dok rumah pun currently busy jugak. Jadi bibik terhormat la katakan. Not forget, setiap minggu mesti sekali aku akan pergi sekolah. Nak buat macam mana. Ketua Editor kuat mencapub ni nak kena edit majalah dengan sehabis baik. Well, sekarang majalah sekolah sudah siap. Tinggal orang kedai nak print out and publish.

Thanks a lot to AJK2 Redaksi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang banyak memberikan bantuan dan sokongan serta kerjasama yang sangat baik dalam pembikinan Majalah Al-Munir edisi ke-22 bagi tahun 2009. Semoga majalah keluaran kali ini GEMPAK punya~!!

*majalah dah kuar sok kita makan ramai2 nak??hehe~*
_________________________________________________ 

Saje membebel. Lama tak babbling macam tuh. Haha. Aku ni kekurangan stok idea nak post pasal apa kat blog ni. Last2 Miza suruh aku story pasal MJ - Miza Jaapar. Hehe. Okey, fine. Aku stori pasal kawan aku sorang-sorang (^_^)



Umirah~
My closest friend! Love and miss her soo much! She is my first friend when I come to 4 Firdaus last two years. She always be side me, make me smile, laugh and even tears. Love to share secrets and favorites. Kitorang pernah kena 'tangkap kering' sebab duduk 3 orang dengan budak laki dalam kelas. Ohh. That's nonsense..

Crazy things about her :
Ajak aku teman dia pergi dating mengajar subjek SMA kat kelas atas.



Amiira~
Sekutu and very addicted to eat and eat and eat. She's so cute and sangat rajin untuk buat apa sahaja walaupun kadang2 dia malas tolong aku. She is hardworking and she will do any job sampai betul2 siap. Kami berdua juga addicted pada Biology walau hakikatnya sangat jarang untuk mendapat Gred A because we are doctor-wanna-be "ameen". She's always support me in my studies and I support her too. Haha. We veryyyyyy like to study last minute, sebab tu yang masuk otak. Kami juga sangat2 CRAZY in Additional Mathematics. Paham2 la.. I'm in love with her cooking! Sedap sedap sedap especially sponge choc cake :)

Crazy things about her :
Senang betul dapat kerja. Hari tu kat Cake House but now at Domino's Pizza ; jadi Pizza Maker pulakk!!





Hamizah~
Weeee...also known as MJ after Micheal Jackson's death. Haha
she's soooo nice to me. Always make me feel happy and make me smile and laugh. She is the one of the three tallest ladies in my class. Hate to be known as 'Anak Pengetua' tapi aku pedulik hape! Suka tengok dia blur dan cakap pelik-pelik
Crazy thing about her :
Pengawas Spot-Check ; tak pena wat spot check pon kat klass kitorang! Siap join skali :)



Hadhinah~
Wahh. Almost 2 years we sit beside in class. She's cute, brilliant and very full of story. Setiap hari macam2 cerita yang dia ni ada. She is the most creative in the class, sebab kerja2 keceriaan yang bukan kerja dia pun, dia buat. She always willing to teach me Add Math, Physics or even anything. Haha tiru dia je best!! Very easy to tear and have a 'unique loud pitch of sound voice' - betul ke ayat ni?? Sangat tak segan untuk buat apa saja. 

Crazy things about her :
Setiap hari pegang duit yang saaaangat banyak dan dompet tersebut hilang~ Gelabah weii. Alhamdulillah cikgu Sabariah jumpa.
 



Zafirah~ 
Lebih dikenali sebagai JUGAH. She's the first person I met at SAMTH. Currently come from SAM Jeram and get 8A's in PMR. Nama pun dekat sama, pakai spek, she's like my twin. Hehe. Also a creative girl, note mesti colourful macam Dina. Tak pernah tinggal kat asrama and we got the same dorm. Katil pun sebelah :) miss dat time. Dia pun sabar je layan karenah aku. Haha. Suka makan Laksam Mak dia!!!
Crazy things about her :
She's very hate to the alien of CAT sampai sanggup berdiri atas meja =P



Natasha~
My second friend named Nawal. Haha. First met at stairs masa dia bawak beg baju naek dorm. Budak baru la katakan. One the most, actually she is Nasrul Hanif's sister. "Siapa tak kenal Nasrul Hanif? Budak suara kebangsaan. Solo Soul al-Ghamidi 2008". Bakat terpendam macam abang dia jugak :) But she just lost her lovely younger brother. Adiknya telah kembali ke rahmatullah masa SPM masih lagi berjalan. Al-Fatihah buat arwah~ 

Crazy things about her :
Kadang2 blur dan sangat suka tanya pelbagai soalan merapu kalau ada ketidakfahaman. Pernah terkena dengan aku & Zaf. Ohh. Jahat sungguh kami! =)




Khadijah~
Kawanku yang paaaaaaaaaaling selamba! Also come from Jeram and first time tinggal kat asrama. Seorang yang gila2, suka cakap merapu and she's like to make peep around her to smile and laugh and chat to her. Dija sangat kedek!! Haha Dia dikatakan ada scandal dengan Wan Ashraf ; betul ke tak, ask themselves Kih3 

Crazy thing about her :
Bab makan nombor satu sampai tak ingat dunia [mcm aku la ni]




Shuhada~
Peeps call her Adah because there are soooo many Shuhada in dat school. She's the most girl yang sabar dengan perangai aku kat sekolah and asrama. *aku ni kan gedik* Love to help peeps around her especially about health. Maklumlah, Ketua Exco Kebajikan & Kesihatan Asrama. Tak lupa, dia juga sangat suka bagi nasihat dan motivasi, memang sesuai dgn jawatan PRS kat skola. Now, she is continuing her studies in Nursing Course kat Institut Lagenda, Mantin, N9.

Crazy things about her :

Suka cakap laju-laju, belit-belit benda yang sama. Haha



Aishah~
Kawan aku yang paling cantik, paling baik, paling berbudi, paling beriman antara kitorang (^_^). All teachers and students SAMTSH know her because her attitude. Pehh. Suara pulak sangat sedap! Nasyid, taranum, zikir serah je kat dia. Bab kepimpinan tak payah cakap. Dialah Ketua Umum Aspuri, Naib Presiden PRS, Naib Pengerusi PPIM, and Naib Pengerusi Ibn Razzi. Semua orang percaya dengan kebolehan dia. I miss her soooo much. Ecah ni banyak bg nasihat kat aku yang banyak jugak mengubah hidup aku. Sekarang dia PLKN kat Kem Gunung Semanggol, Perak. How's her life now? Hehe.. 

Crazy thing about her :

Banyak parut tersembunyi kat muka sebab masa kecik dulu dia sangat ganas!! Main pisau segala bagai.





Itu jelah setakat ni dulu. Dah malam la. Korang-korang yang tak de tu jangan terasa hati, sebab aku tak cukup masa ni. Hehe. Esok-esok aku post pasal korang pulak ye. Jangan nanges plak. Aku rinduuuuuuuuuuuuuu sangat kat korang!!


16 January 2010

Nak kurus? Jangan ambil ubat tau!

Posted by zida at Saturday, January 16, 2010 5 comments
Kadang-kadang kita terdengar segelintir masyarakat kita terutamanya perempuan, suka bercakap perkara ini - masalah gemuk atau berlebihan berat badan. Ayat-ayat seperti ; "Ohh, tidakkk~! Aku semakin gemuk!!", "Alamak, macam mana nak kurus ni??" atau "Gemuknya aku! Malulah kalau orang pandang~". Pernah juga perkara sebegini terlintas di fikiran saya memandangkan berat badan semakin bertambah dek tinggal di rumah hampir sebulan setengah selepas berakhirnya SPM pada bulan Disember lalu.



Biasalah kalau dah duduk kat rumah, perkara pertama yang selalu dibuat mestilah makan, makan dan makan. Sarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam, supper. Adoyai~! Risau pulak. Oleh sebab itu, hari ini saya telah membuat sedikit kajian dan 'surf-ian' mengenai perkara ini. Well, banyak di antara cara-cara untuk menguruskan mengurangkan berat adalah dengan menelan PIL KURUS. Aiyaaa...tak elok maaa..





CARA UNTUK MENGURANGKAN BERAT TANPA UBAT-UBATAN
1. JANGAN BERLAPAR 

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN 
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS 
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM 

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori. 

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL 

9. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.  

10. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. 


11. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

12. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. MAKAN DI MEJA MAKAN!!

13. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. 

14. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik. 

15. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing - 
.Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat 
.Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki lif
.Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
.Bersenam atau peregangan. sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
.Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



 comel plak kartun ni :)

Selamat mencuba !!


14 January 2010

STAM ? Aku nak amek??

Posted by zida at Thursday, January 14, 2010 6 comments
Berita terkini SAMTiSH

Rabu, 13 Januari 2010 - Pendaftaran bagi para pelajar Tingkatan 6 STAM sessi 2010 telah berjalan dengan lancar semalam di semua sekolah agama menengah tinggi (SAMT) di seluruh negeri Selangor. Seramai lebih kurang 70 orang telah mendaftar di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTiSH), Jalan Kota Raja, Klang, semalam. Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Mohd Suhaimi bin Salleh berkata, para pelajar yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah ini boleh mendaftar mulai semalam hingga hari ini. Kebanyakan mereka berasal daripada sekolah ini sendiri, selain dari SAM Bestari, SAM Hisamuddin Sg. Bertih, SAM Sungai Merab Luar, SAM Jeram, SAM Nurul Iman dan lain-lain. Para pelajar ini telah ditempatkan di kelas 6 STAM 1 dan 6 STAM 2 yang berada di blok Asrama Putera. Mulai hari ini dan esok, mereka akan menjalani sesi orientasi yang mana slot-slot menarik mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diperdengarkan kepada calon-calon STAM 2010 ini.

Sumber dari : Ketua Editor Sekolah 2009 :)
_____________________________________________________________________________________


Salam.
Hehe. Alhamdulillah. Semalam aku dapat pergi sekolah lagi, dengan alasan nak jumpa kawan2 lama. Tapi memang betul pun, sebab semalam kan diorang daftar STAM. Kitorang - Aku, Adah, Ain Shud, Shera, Zatie, Pekja, Amin, Izzuddin - pergi sekolah dengan suka citanya. Haha Pekja, Amin dengan Izzuddin ada kerja sebenarnya. Diorang kena tolong Tcher Leen, masukkan markah Koko dari Tingkatan 2 sampai Tingkatan 6. Aku, Ain, Adah mengofferkan diri tolong Cik Koop Aimi jaga koop. Pehhh! Femes kitorang. Sape lalu kat koop, kitorang terus je menjerit. Yang bestnya, Cikgu Sabariah, Cikgu Hasliza yang dah berabad berminggu2 tak jumpa. Ohh habis bising koop tu. Meriah.


bajet bergambar depan pintu Bilik Mesyuarat Aspuri yang baru ber'tile'

Yea yea yea. Nasib baik budak2 sana tak sombong lagi, kira diorang ingat lagi la kat kitorang. Mu'az, Pojan, Ayie, Syeman, Iqbal, Arif, Murni, Izza, Umai si MPA baru yang dah lama ni la. Haha. Faham ke? Satu lagi nak bagitau, gelaran SAMTiSH tu budak2 sini yang letak. Tak tahu la kalau cikgu Pengetua bagi ke tak. ^_^


are-da yang batak tengok mural depan DM

Then, kat dewan, dapat jumpa kengkawan yang amek STAM - Mardhiah, Tasha, Dahlia, Ain, Maryam, Hidayah, Umira, Shazwani, Ayong, Daus, Amir Akhtar, Naim, Haziq, Hakim, sape ntah lagi. Dak skola lama aku -  Piepa, Niena, Khuza, Aziz. Aliyah kakak Zakiyyah pun jumpa jugak :) Diorang sume suruh aku mohon STAM balik semula. Adoii.. Sebenarnya, memang dah mohon hari tu, tapi lepas ustazah Aisyah cakap yang budak STAM tak boleh keluar, mesti habiskan sampai exam, tu yang aku tarik diri. Tetiba umi suruh aku mohon pulak. Dija dah mohon, tinggal tunggu keputusan je. Aku ni...

"Nak Mohon Ke Tak ????? Patut ke Tak ???"


 

De Colleen Kawaii Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez